KEMUSYKILAN TENTANG PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Soalan; ustaz, saya ada satu kemusykilan; adakah perkara-perkara ini membatalkan puasa:
-menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung
-tertelan air liur selepas bersahur yang masih mengandungi sisa-sisa makanan selepas masuknya azan subuh
-mengorek hidung dan mengorek tahi telinga menggunakan putik kapas
-air masuk ke dalam telinga dan melalui dubur sewaktu menyelam di sungai
-mandi atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
sekian terima kasih.

Jawapan;

Dalam masalah perkara yang membatalkan puasa, ada di antaranya yang disepakati oleh ulamak dan ada yang menjadi khilaf. Menurut Imam Ibnu Ruysd; secara amnya ada tiga perkara yang diijmakkan ulamak (yakni telah disepakati sekelian ulamak) bahawa ia membatalkan puasa, iaitu;[1]
1. Makan
2. Minum
3. Jimak (bersetubuh)

Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus; para ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.[2] Menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala/hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.[3] Menurut ulamak-ulamak yang lain; menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.[4]

Mengenai sisa makanan dalam air liur; hendaklah dilihat pada dua keadaan;

1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka telah disepakati oleh ulamak bahawa ia tidak membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.

2. Adapun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Abu Hanifah; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa, namun makruh.[5]

Setakat mengorek hidung tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa ialah jika dimasukkan sesuatu ke dalam hidung hingga melepasi bahagian akhir hidung (yakni hingga sampai ke kepala) atau hingga masuk ke kerongkong.

Mandi adalah harus bagi orang berpuasa dengan syarat tidak berlebihan hingga air memasuki ke dalam rongga tubuh yang terbuka (iaitu rongga halqum (kerongkong), lubang telinga, lubang dubur dan saluran zakat/faraj).[6] Menurut mazhab Syafi’ie; termasuk dalam pengertian berlebihan ketika mandi ialah mandi dengan menyelam. Jika seseorang menyelam lalu masuk air ke dalam rongga tubuhnya tadi, batallah puasanya. Seorang yang mengetahui bahawa kebiasaannya jika ia menyelam akan masuklah air ke dalam rongga tubuhnya, baginya haram mandi dengan menyelam ketika berpuasa.[7] Adapun mengikut mazhab Abu Hanifah; masuk air ke dalam telinga kerana menyelam tidaklah membatalkan puasa.[8]

Menurut mazhab Syafi’ie; memasukkan kayu ke dalam telinga akan membatalkan puasa. Menurut Imam Abu Hanifah; tidaklah batal puasa. Jadi, mengikut mazhab Syafi’ie; tidak harus mencuci telinga dengan putik kapas pada siang hari di bulan Ramadhan kerana ia boleh merosakkan puasa. Adapun mengikut mazhab Hanafi, perbuatan tersebut tidak ada halangan kerana ia tidak membatalkan puasa, cuma yang sebaiknya ialah meninggalkannya (untuk mengelak dari pertikaian ulamak). [9]

Mengenai mandi sebelum berbuka puasa, hukumnya makruh mengikut mazhab Syafi’ie kerana ia mengembalikan kesegaran pada badan, lalu menghilangkan hikmah puasa iaitu merasai kepayahan menahan lapar kerana Allah. Begitu juga, dimakruhkan orang yang sedang berpuasa berseronok/bersenang dengan perkara-perkara harus seperti mencium bau-bauan harum, kerap masuk bilik air, mendengar bunyi-bunyi yang menyenangkan dan sebagainya kerana ia berlawanan dengan hikmah dan kehendak puasa tersebut.[10] Namun, ramai ulamak menolak alasan tersebut berdalilkan hadis dari beberapa orang sahabat yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Menurut mazhab Abu Hanifah; tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.[11]

Mengenai bersugi selepas masuk waktu zohor, menurut mazhab Syafi’ie; hukumnya makruh kerana ia akan menghilangkan bau mulut yang dinyatakan di dalam hadis bahawa bau mulut itu lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Namun sebahagian ulamak yang lain tidaklah memakruhkannya kerana bersugi telah disunatkan oleh Nabi s.a.w. pada setiap kali hendak solat secara umum tanpa baginda mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Lagi pun terdapat hadis dari ‘Amir bin Rabi’ah r.a. menceritakan; “Banyak kali aku melihat Nabi s.a.w. bersugi ketika beliau sedang berpuasa” (HR Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis hasan).[12]

Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja. Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).

Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki;

[1] Bidayatul-Mujtaihid, 1/381.
[2] Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 436.
[3] Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[4] Al-Fiqh al-Islami, Wahbah az-Zuhaili, 2/657, al-Wajib, Wahbah Zuhaili, 1/342, Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[5] Rahmatul-Ummah, hlm. 92, Fiqh al-Ibadat, hlm. 436, Al-Fiqh al-Islami, 2/658.
[6] Al-Mughni, 2/78.
[7] Al-Mughni, 2/78.
[8] Al-Fiqh al-Islami, 2/657.
[9] Al-Wajiz, 1/343, al-Fiqh Islami, 2/657.
[10] Al-Wajiz, 1/339, al-Fiqh al-Islami, 2/636, 638.
[11] Al-Fiqh al-Islami, 2/637.
[12] Al-Fiqh al-Islami, 2/637, 640.



Brotherhood of Muslim Camping 09

Ingin menambah kenalan?Mengeratkan ukhuwah?Mencuba aktiviti baru?
Tarikh : 22 - 24 November 2009
Tempat : Kem Sri Raudhah,Gombak
Bayaran : RM25 sahaja*
Aktiviti menarik : Jungle Tracking,kayak,explorace,flying fox,sukaneka
*Termasuk makanan,pengangkutan,penginapan,sijil
Pengalaman dapat,
ilmu pun dapat,
ukhuwah terikat.

How many of us are using facebook nowadays?I bet there must be million people..But how many of us in Malaysia know who is the co-founder for this most popular social interact website all around the world?

The nice looking guy above is Mark Elliot Zuckerberg( a Jewish and CEO of facebook) but born in America.
If you have a facebook,u must know all-the-lagho-quizzes-in-facebook..Huhu.,.I also have try it out when I just started doing facebook..And all-sort-of-exciting-games in facebook.I also have been addicted playing games in facebook such as bejeweled 2 and barn buddy(really addicted)...Every morning,evening and night I will open facebook to play all-the-lagho-games..

One fine day,there was a new articles posted at www.saifulislam.com on his writing Facebook:Antara Pro dan Kontra..MashaAllah,how much I put meaningless effort to plant at Barn Buddy,so much time have been wasted to play Bejeweled 2 and also Restaurant City..Im ashamed with Allah,how I have spent a lot of time and effort for unnecessary reasons.Astagfirullahalazim..

Right now,Im trying my best not to use facebook frequently to play games and etc lagho things..I hope that I will be Istiqomah and wont repeat all my wrongdoings.. O Allah forgive me..

p/s:I guess Mark zuckerberg has done "well done" job in creating facebook.Some of muslims who are using facebook,have been affected with "bad virus" contain in it..I hope the "bad virus" will go far far away from me ,starting today and onwards..
p/s/s:I heard they want to produce a movie entitled "The social Network" .Basically about the story on how Mark get idea to do facebook at his small room at Harvard University

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah lama nak buat post ni..tapi baru je ada mood untuk menulis..huhu..Hari raya ke-4 yg lepas makcik saya kahwin kat Dungun,Terengganu..


Alhamdulillah,majlis berjalan lancar...Saya tengok majlis kahwin kat terengganu ngan negeri2 lain,memang berbeza..Kalau majlis kahwin area KL n Selangor,memang mewah dan eklusif ..Buat kat hotel/dewan esklusif yang ada kolam renang kat tepi,siap ada red carpet,semua orang pakai merelip-ghelip,Ada banner,ada lagu pengantin,ada mcm2 la..Kalau majlis kahwin belah pantai timur,sangat simple...Takde pasang loud speaker lagu pengantin baru ,takde tepung tawar,takde kek pengantin 4 tingkat.Kalau kat pantai timur,Sebelum akad nikah,Tok kadi bagi tazkirah sikit,pastu,akad nikah.saya x tau la majlis akad ni kat tempah lain camne .Majlis sanding pon saya tengok jarang orang buat kat belah pantai timur.Saya tak tahula apa yang saya cakap ni betul atau tak..Semuanya berdasarkan pemerhatian yang biasa2 je..huhu..


Budak dulu,budak sekarang


Kalau nak bandingkan masa saya kecik-kecik dulu ngan sepupu2 yang kecik2 sekarang,memang jauh beza.Kitorang dulu,main kejar2,makan2,tidur time kenduri kahwin..tapi sepupu saya yang kecik2 ni,diorang tolong bungkuskan goodie bag,tolong basuh pinggan,tolong kemas rumah(ni sikit2 je la)..huhu.diorang memang lagi cerdik n lagi rajin kot...kitorang pon jadi malu bile teringat balik..kitorang dulu tolong skit2 je..huhu..Petang hari makcik saya kahwin tu,sepupu2 yang besar semua tidur sebab penat,tinggalla saya seorang ngan pakcik2 basuh pinggan..Pastu saya mintak tolong sepupu sepapat yang kecik basuh pinggan..Memang boleh harap..Lagi seronok kot basuh pinggan ngan budak kecik sebab banyak kerenah :)


Isu Kahwin


Hari tu saya ada baca artikel surat khabar ,orang tu tulis dia taknak kahwin...huhu..Public figure yang cukup kontroversi dengan isu agama Islam...Sapa ea??Cari kat internet ea..


Dia cakap die x nak kahwin lepas dia tgk mak die asyik kene basuh baju,masak untuk ayah die,terperuk dalam rumah..Dia cakap dia x nak terkongkong macam mak dia sebab tu dia taknak kahwin..Dia nak bebas dan boleh buat apa yang dia nak..Kalau kahwin,akan terikat ngan suami..Bukaknkah kahwin tu satu fitrah?Semua orang kahwin untuk kembangkan zuriat n etc,saya tak tahu la apa yang die fikir sampai tak nak kahwin..


Kursus Kahwin


Saya nak wat promosi sikit..


Balai Islam ASTAR Kolej Kediaman Pertama dengan kerjasama pihak JAKIM akan mengadakan
KURSUS PRA PERKAHWINAN


Tarikh :24 - 25 Oktober 2009
Tempat:Kolej Kediaman pertama
Bayaran:RM 65(sijil,makanan,kos penceramah,modul,bahan-bahan belajar dll)
Tarikh Akhir untuk mendaftar:14 Oktober 2009


*Sebarang pertanyaan ,anda bolehlah menghubungi Hadi(013 - 2239970)
SIJIL MENGIKUT KURSUS DIIKTIRAF JAKIM DAN SAH TANPA HAD TEMPOH


p/s:Bayaran untuk kursus kahwin yang buat kat UM ni memang murah compared kat luar..Kat luar seratus lebih tau

p/s/s:Saya join projek kursus kahwin ni,sebab tu la buat promosi kat sini

p/s/s/s:Semoga berbahagia selalu dan tabah menempuh hari yang akan datang dalam proses alam rumah tangga buat semua yang baru kahwin^__^

Meriah sungguh PKNS,Shah Alam.Kelihatan lautan manusia meninjau-ninjau dan menjengukkan kepala serta membelek-belek barangan yang dijual di atas dunia...Di tepian Quality Hotel siap ada bukak gerai lagi..Banyak sungguh gerai dan jualan time bulan pose ni..
Saya pun jadi rambang mata nak pilih beli barang..Nak beli itu,beli ini..Sampai x ingat langsung yang Ramadhan ni sebenarnya bulan untuk mengajar kita berjimat cermat,ingat kat orang yang susah..Apalah agaknya pakcik2,makcik2 n sedara2 saya yang susah kat kampung tu makan?Sedih sangat bila fikir2 balik..Kita beli makanan penuh meja itu,makanan ini,orang yang susah makan apalah ye?Insaf dan terkedu seketika....
Selasa lepas pergi buat "observational research" kejap kat Masjid Jamek,KL.Ramai juga lautan manusia...Semua berpusu-pusu beli barang...Observational research is said to be window shopping...Saya perlu berjimat..Economy is said to be in a "dangerous situation"..I have to save for the future..Duit di bank semakin menyusut..Semuanya gara2 urusan dunia..Kasut,baju,itu,ini...Em,semuanya akan musnah n rosak satu hari nanti..Em,berapalah agaknya saya guna duit utk bersedekah ye?
Tadi buat 'observational research' kat PKNS..Tengok2 apa2 yang menarik..Petang tu ada bukak kaunter pengambilan bubur lambuk dari kampung baru..Nak rasa juga apa yang menariknya tentang bubur lambuk dr KB..Dah beratur,line panjang sangat..Tapi ummi dah sampai,so tak dapatlah amik..Lain kali la..
Budak2 universiti,rata-ratanya dah ramai balik kg hari ni..Tadi pun tengok berpusu-pusu orang balik..Seronok bila tgk orang balik ramai2,naik bas...huhu..Esok,insyaAllah kitorang bertolak balik kampung lepas Subuh..Apa mcam la agaknya rupa Bandar Dungun?
Semalam ada Iftar Perdana kat Kolej kitorang.Alhamdulillah tahun ni berkesempatan join iftar perdana lagi walaupun bagi kad makan lambat...Tahun lepas,makan ikan kerapu besar kalau x silap.Tahun ni nasi tomato ..Syukur.
Sebelum turun Iftar perdana tu,saya ada berkomplat ngan roomate (eyna chan) utk kacau nana-chan.Kitorang cakap,masa makan iftar tu semua kene ikut biro means x boleh duduk ikut geng/kawan la..Huhu..Geram nana sbb dia biro lain..Sy n ena satu biro..haha..pastu kitorang cakap kat die,kitorng gurau2 je..Sian nana-chan..:P..Kitorg excited nak turun makan ,pastu terkezut tengok tempat makan kat dewan makan sebab semua kene duduk ikut biro masing2,means campur laki n pompuan.Tak sangka gurauan kitorang kat nana-chan jadi betul..Lain kali xmo gurau2 dah pasal bende tu..huhu.
Em,saya kurang setuju ngan sistem ni sebab isu ikhtilat antara muslimin ngan muslimat..Tengok je macam semalam,lelaki ngan pompuan bercampur...dan bile nak makan malu2..just my two cents :)..Harap dapat dipertimbangkan di masa hadapan untuk mengasingkan lelaki dan perempuan..


Di kesempatan ini,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat seluruh pembaca yang sudi baca post ni sampai baris ayat ni.Jika terdapat salah dan silap di masa lalu,harap dapat maafkan..InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa..


p/s:InsyaAllah,balaiislam Astar akan mengadakan C.O.U.(Circle of Ukhwah) bermula 30/9/2009..COU akan diadaakan setiap hari rabu ,selepas solat magrib


p/s/s:Ramadhan makin ke penghujungnya...ceq rasa sedih bangat

Kalau nak join C.O.U,datanglah surau Kolej Kediaman Pertama,UM,selepas solat magrib..

~Shah Alam

~17 September 2009

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Bukan bulan bersuka ria,
Marilah kita beramal bersama-sama,
Jangan hanya berYM dan Facebook sahaja....

Sungguh indah tanjung di hujung,
Singgah sebentar di pekan lama,
Dosa kita memang tak terhitung,
Maka marilah kita beramal bersama-sama..


Assalamualaikum w.b.t,

Saya merasakan pasangan yang sedang hangat bercinta semakin menjadi-jadi di bulan Ramadhan ini.

Berpelukan
Berdua-duan
Berpegangan
Bersandaran

Ini adalah pandangan mata kasar yang boleh kita lihat..Kalau lebih daripada itu?Nauzubillah..
Masa saya mengambil makanan di dewan makan dalam sekitar 2.30 pagi,saya dapati terdapat segelintir couple yang duduk bersama-sama makan berduaan.Alangkah indahnya kalau mereka beriktikaf kat bilik..

Syaitan dah diikat,tapi nafsu masih ada.Orang slalu cakap,bila berdua-duan,yang ketiganya adalah syaitan.Syaitan dah diikat bukan bermakna kita tidak mempunya tendency untuk berbuat dosa.Entah2,lagi berat dugaan berbanding bulan biasa.

Tak Puasa

Kalau balik kampung kat Terengganu,saya slalu jumpa orang yang x puasa.Kalau pergi pantai ,jumpa orang tengah makan2,minum2,hisap rokok.Bila nampak kitorang,tersenyum-senyum,tersengih-sengih ..Merah padam sebab malu..Tu baru malu ngan manusia .Tapi x rasa malukah diorang ngan Allah.Tuhan yang mencipta segala makhluk kat dunia ni.Anak2 sekecil 6 tahun boleh puasa,yang umur 30 tahun x boleh puasa..

p/s:Warming up nak menulis...Dah lama x tulis kat blog.
p/s/s:Selamat berbuka puasa.Selamat beramal ibadah di malam hari
p/s/s/s:Semoga Allah meredhai kita semua.Amin

Makanya,makin canggih teknologi,makin rendah nilai kemanusiaan...
Oleh itu,kembali kepada perkara pokok iaitu akidah dan tauhid kepada Allah.
~Shah Alam
~13.9.2009
~5.25 petang

Ketika kembara di Melaka

Aku ingin kembali menulis
Memegang pena,mengarang rasa
Karyaku bukanlah jenis yang puitis
Hanya kata-kata dari seorang hamba biasa

Ya Allah berikanku kekuatan
Agar dapat istiqomah di jalan-Mu
Hanya satu yang aku harapkan
Ikatan dengan Tuhan yang kucinta selalu

~Semoga iman terpelihara
Shah Alam
9.22 malam

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya hari lahir saya jatuh pada hari pertama Bulan Ramadhan bersamaan 1430 Hijrah.Dengan penginjakan umur ke 20 tahun ini mengingatkan saya bahawa hari-hari terakhir saya di dunia semakin singkat,dalam erti kata lain,hari-hari saya ke alam barzakh semakin hampir.

Saya amat berharap dengan pertambahan umur yang ke-20 tahun ini,saya dapat mengubah sikap untuk menjadi lebih baik berbanding sebelumnya serta dapat mencapai cita-cita saya untuk mendewasakan ilmu dan akal dalam mencapai rahmat dan keredhaan Allah.Semoga menjadi anak yang solehah

-Syahidah Roslam

Last Friday's lectures,Prof Hamzah Abdul Rahman(our Dean of Faculty of Built Environment ) informed that he will not taking seat as a dean anymore:(.Alhamdulillah,he has been appointed to be the new TNC Academic.

I still remember when we want to do 'Majlis Ilmu' last semester at the Faculty.Prof was so nice.He didn't want any rented pays for the Audi that we wanted to use.Nevertheless,he asked us to make sure all conditions at the audi must be clean and clear.Before this,there is a lot of protocol in renting a place to do funcion.You must have official letter,paying renting fees..

Another moment back then,he asked us to put one hadith per day in front of the lift(there was a tv hanging there),if we won and been appointed to be selective representative in election day of MPMUM(Majlis Perwakilan Mahasiswa).What a brilliat idea.

What can I say about Prof Hamzah.Cool guy,love to smile,very punctual and supportive.I like the way he teaching us IN CLASS.Instead of reading,we have to understand current situation and evaluating it to find out the final solution..

I pray for the best to Prof Hamzah and swift mode in handling problems ahead:)

Sources:PROF HAMZAH



Free Signature Generator